Friday, December 31, 2021

Perbahasan RUU Langkah-langkah sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) Pindaan 2021

Video link: https://fb.watch/ae1y3cNXr8/

Ucapan Perbahasan RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 16-12-2021

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Petama kali saya ingin merekodkan kedukacitaan saya kerana pihak kerajaan hanya membentangkan bill di atas meja Ahli Parlimen pada hari Selasa dan hari Khamis kita perlu membahaskan— government is rushing through this bill pada hari terakhir mesyuarat ini. Bill ini begitu penting.
Pada tahun 25 Ogos 2020. Parlimen ini meluluskan first temporary measure bill dan ini ialah amendment bill.
Dalam bill ini, saya lihat tempoh masa yang dinyatakan acting retrospectively. Masa sudah lalu tetapi datang ke Parlimen untuk meminta supaya beberapa klausa berkuat kuasa retrospectively. Sepatutnya kena prospectively iaitu berkuat kuasa kemudian dan bukan sebelum ini.
Saya rasa ada beberapa isu seperti tadi Yang Berhormat Rasah telah menyatakan bahawa moratorium. Sebenarnya kerajaan tidak menjalankan apa-apa moratorium. Sebenarnya hanya deferred payment iaitu pembeli-pembeli rumah terpaksa juga– hanya melanjutkan masa pembayaran hutang untuk pinjaman rumah, lanjutkan masa dan accrued interest masih berjalan.
Oleh itu, tiada moratorium dan itu juga satu masalah kerana pembeli-pembeli rumah walaupun masa dibekukan tetapi they have to service the interest of the loan. Itulah walaupun kerajaan menyatakan moratorium dan sebagainya, ia hanya satu deferred payment.
Pembeli apabila mereka telah menandatangani S&P, accrued interest terus berjalan. Saya telah mendapat maklum balas daripada Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Malaysia, House Buyers Association of Malaysia (HBA), berkenaan dengan rang undang-undang ini.
Walaupun tadi saya dengar pembahas menyatakan beberapa isu tetapi ada dua perkara pokok yang ingin saya bangkitkan bagi pihak pembeli-pembeli rumah. Pertamanya ialah berkenaan dengan stakeholders money yang sebanyak lima peratus (five percent). Apabila Temporary Measure Amendment Bill ini menyatakan defect liability period dilanjutkan satu tahun tetapi gagal mempertimbangkan untuk extend masa untuk stakeholder money of five percent. Tempohnya sepatutnya 24 bulan daripada vacant possession, tetapi tidak dilanjutkan.
Ini bermaksud lawyer boleh release stakeholder money 24 bulan daripada vacant possession dan tidak mempertimbangkan bahawa dengan izin there is no changes to the corresponding extension of the defect liability period. Undang-undang ini melanjutkan defect liability period (DLP) tetapi tidak lanjutkan masa untuk pelepasan stakeholder money. Itu memang tidak memihak kepada pembeli-pembeli rumah. Saya rasa tidak adil kepada pembeli-pembeli rumah.
Perkara kedua ialah extension of time. Saya ingin merujuk kepada keputusan kes Ang Ming Lee lawan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2020 di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes tersebut, diputuskan bahawa extension of time yang dilakukan oleh Director General ataupun Menteri tidak boleh dilakukan secara mekanikal dan tidak dilakukan secara automatik. Hak untuk didengar pembeli- pembeli rumah perlu dijaga. Maksudnya right to be heard of the purchasers needed to be upheld.
Dalam kes ini, dalam fasal 5 Rang Undang-undang Temporary Measures Amendment ini tidak menyatakan bahawa hak untuk didengar oleh pembeli-pembeli. Maka, sekiranya hak in tidak dijaga, maka keputusan Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan ini tidak digambarkan dalam rang undang-undang ini. Saya rasa itu tidak memihak kepada pembeli rumah.
Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa Temporary Measure Bill ini sebenarnya satu social legislation untuk membantu pelaksanaan kewajipan kontrak terhadap pihak yang lebih lemah iaitu mereka yang tidak mempunyai kuasa menawar yang sama kekuatan dengan pihak kontrak yang lain. Ini bermaksud, bill ini sepatutnya memihak kepada pembeli rumah dan bukan memihak kepada pemaju kerana pembeli rumah mempunyai kuasa negotiation power yang lebih lemah berbanding dengan pemaju.
Di samping stakeholder money dan extension of time, satu perkara yang setahun yang lalu saya membahaskan rang undang-undang ini dan saya menyatakan bahawa seksyen 257(1)(g) Kanun Tanah Negara untuk lelong. Antaranya disebut ialah masa untuk membayar purchase prices hendaklah dilengkapkan dalam masa 120 hari dan Temporary Measure Bill pertama tiada diambil kira atau tidak dimasukkan pindaan tersebut.
Untuk pindaan ini juga tidak dimasukkan untuk sesiapa yang pada waktu MCO mereka membeli rumah yang dilelong dan gagal dalam masa 120 hari untuk menyempurnakan lelong tersebut, membayar lelong tersebut dan melengkapkan dokumen. Dia punya deposit will be forfeited.
Saya ada satu kes, Maybank forfeited, hanya pulangkan 50 peratus deposit sahaja. Oleh itu, 50 peratus yang lain Maybank– yang telah dilucutkan hak. Saya nampak bahawa itu satu contoh yang jelas bahawa kerajaan gagal menggunakan Temporary Measure Bill ini untuk melindungi hak pembeli rumah, hak-hak mereka yang membeli rumah lelong dan memberikan perlindungan yang secukupnya kepada pembeli-pembeli rumah.
Saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap tiga isu yang saya bangkitkan iaitu stakeholder money sebanyak five percent dia punya extension of time, sama ada hak untuk didengar untuk EOT dan untuk tempoh Kanun Tanah Negara seksyen 257(1)(g) hak untuk 120 hari itu tidak dipinda melalui Temporary Measure Bill pertama dan kedua ini.
Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

No comments: